"Drpd Abu Muslim al-Khaulani drpd Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali nauganNya.'"
Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman:"Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya." (Riwayat Ahmad)