Thursday, April 5, 2012
Di penghujung semester ini saya semakin mengenali insan-insan yang bersama saya di waktu susah, senang, penat, gembira, sakit dan marahsaya. Keikhlasan hati mereka membuatkan saya tersentuh. Rasa sepertitidak layak menerima kasih seperti ini. Sehingga detik ini, saya masih mengingati setiap detik masa, ketika yang kami kongsikan bersama.
Surau B. Kluster B.
Meja kami. Belajar bersama. |
Kami makan, tidur, menonton, belajar, menyanyi, ketawa, menangis bersama. Kami kongsi segalanya. Dan akhirnya, mereka berbekas di hati saya,
Diwaktu saya tidak mampu untuk bangun, mereka ada bersama saya.
Diwaktu saya tidak mampu untuk membeli makanan, mereka menghulurkan makanan tanpa sepatah kata.
Diwaktu saya sedang tertekan, mereka ada. Duduk bersama saya tanpa sebarang keluhan.
Diwaktu saya sedang berputus asa, mereka ada memberi semangat. Mereka membuatkan saya yakin bahawa harapan masih ada.
Diwaktu saya menangis, mereka ada bersama saya.
Diwaktu saya menyepi buat seketika, mereka tidak pernah berputus ana datang ke bilik untuk pastikan keberadaan di asrama.
Diwaktu saya sedang rapuh, mereka tidak pernah putus mengirim pesanan ringkas bertanya khabar meski mereka tahu, mustahil untuk saya balas.
Dan senarai 'waktu-waktu' itu mustahil ada penghujungnya.
Mereka.
Menunggu saya untuk bangun, semata-mata mahu bersarapan bersama. Mereka menunggu lama. Sehingga mereka gastrik. Bukan sekali. Tetapi berkali-kali. Mereka faham saya malas makan, mereka tahu. Maka mereka belikan saya makanan tanpa sebarang keluhan. Saya makan sambil menangis. Mujur mereka tidak perasan.
Mereka memberi tanpa saya minta.Mereka membuat saya Percaya bahawa harapan itu yang tidak pernah sirna.
Laizah.Emilda. Aidah.
Lai.Mel.Ai
Sepanjang 3 tahun. Saya belajar banyak perkara. Sama ada pelajaran secara formal, mahupun tidak formal. Namun, di penghujung semester ini benar-benar menguji kekuatan hati, kecekalan dan ketabahan. Allah. Ya, Allah beri hanya kerana Allah sayang. Aku redha.
Surau itu pasti menjadi saksi segalanya. Segala-galanya. Jatuh dan bangunkami bersama. Hari ini saya mengerti mengapa mereka rindu. Mengapa sahabat-sahabat muslimin rindu Surau B. Kerana surau itu punya ruh.
Tinggal di Surau B sepanjang musim peperiksaan mengajar saya untuk hidup bersama orang asing. Asing sebelum ini. Hanya beberapa minggu bersama, tapi sehayat terasa.
Mereka lakukan kerana mereka faham dan mengerti. Merka tahu saya tidak mampu melakukannya seorang diri. Mereka bersama saya anpa sebarang keluhan.
Terima kasih. Saya sayang kamu :)
TERIMA KASIH KAK NIDAR. KAMI SAYANG KAKAK SELALU :)